ALEAF AFNAN

Saturday, January 14, 2012

Patri









Andai hati ini sang kecapi
perasaan jadi talinya
engkau memetik jari jemari
berlagu irama duka dan lara

Andai tubuh ini boneka
nalurinya benang sutera
engkau dalang mengawalnya
ketimur keutara kemana jua
aku hanya menuruti
mengikut apa saja hukuman

Andai diri ini taman tasik
sang kirana pula jiwa raganya
engkau menjaring dengan senyuman
dan mengurungkannya dari segala
namun diri ini insani
pasti ada kemahuannya

Kerna aku terpanah arjuna
sedikitpun tidakku menyesali
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci
aku rela ditawanan
aku rela terpatri cinta suci

Friday, January 6, 2012

Aku cinta


Aku cinta padamu wahai laut yang bergelora kerana aku bisa belajar menjadi seorang pemimpin yang tabah menerima cabaran walau apa saja ynag dihadapi.

Aku cinta padamu wahai langit biru yang luas kerana aku bisa terbang bebas menjelajah dunia saujana antara batas dan tradisi.

Aku cinta padamu wahai gunung yang tinggi kerana aku bisa menjadi seorang pendaki gagah yang tidak cepat menyerah kalah.

Aku cinta padamu wahai tasik yang indah kerana tumbuh di dalam hakikatku menjadi ruang dan bersatu di dalamnya menjadi detik yang selalu hidup di hatiku




Wednesday, December 28, 2011

K.o.s.o.n.g



Kosong,
Fikir aku ianya adalah satu rumus yang mudah. Tidak terlalu rocket science mahupun terlalu rumit. Kenapa sesuatu itu kosong?, kerana ianya tidak diisi. Sesuatu benda itu akan kosong jika ianya tidak diisi. Kenapa cawan itu kosong? Kerana ianya tidak diisi. Kenapa rumah ini kosong? Kerana rumah itu tidak diisi & kenapa hati ini kosong? Adalah kerana hati ini tidak diisi.?


Kosong,
Adakalanya aku merasakan juga akan rasa kekosongan hati dan kehidupan ini. Sukar untuk menterjemahkan tentang apa yang dirasa hati bila menyentuh perihal akan kekosongannya. Tetapi ianya bukanlah satu perasaan yang aku sukai. Aku benci bila hati aku kosong. Sering gentar yang aku rasa dan takut entah pada apa dan pada siapa.


Kosong,
Lalu aku cuba mengisi akan kekosongan hati itu. Aku isi dengan apa yang aku rasa perlu diisi. Perlahan-lahan aku mengisinya, sehinggakan aku merasakan yang ianya tidak kosong lagi. Namun begitu walaupun kekosongan itu nampaknya telah pergi, aku tetap percaya bila sampai waktunya nanti ianya akan datang lagi lantaran tiada konsitensi dalam mengisi.



Nota: Wahai Tuhan aku harap janganlah hati ini kosong pada saat aku perlu pergi.

Friday, December 16, 2011

Muslimah

Bismillahirrahmaanirrahiim.











Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah

Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

Wednesday, December 14, 2011

Demi Seorang Kawan




Kawan,
kau tak tahu akan perasaan ku demi persahabatan biarlah aku berkorban
Gadis yang ku sayangi dia jua yang kau rindui. Aku dalam dilema menyintai gadis yang sama
, sedangkan aku serba-salah apabila berhadapan dengan dia
Yang mengharapkan jawapanku.

Gadis,
kau takkan tahu Aku lindungi kegelisahan dan rinduku sebalik senyuman manis ku menangis. Gadis hati kecil ku amat menyayangimu Sungguh pun demikian terpaksa ku ketepikan demi persahabatan rela aku berkorban juga. Kawan kau takkan tahu Hati terluka kerana mu.

Sunday, December 11, 2011

Khabar Buat Ibu



Ke hadapan ibuku Yang sangat ku cintai dengarlah khabar ini tentang calon menantu Mu. Orangnya sederhana tidak berlebihan tetapi cergas serta pintar dan dia akan membantu mu dalam urusan seharian.

Usahlah engkau bimbang tentang cinta kami, Kami telah berjanji akan saling menghormati. Harap ibu akan taburkan beras kunyit di depan halaman rumah dan menyambut kepulangan kami berdua.

Aku menyintainya seperti ayah menyintai mu dan dia menyintai kuSeperti kau cintakan ayah.

Monday, December 5, 2011

Banyak Ketawa Jiwa Akan Mati





"SUKA dan duka menjadi asam garam kehidupan. Setiap insan sering dihadapkan dengan pelbagai keadaan hidup yang memerlukan tindakan mental dan fizikal tertentu. Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan dan penderitaan, manakala ketawa selalunya menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasainya.

Islam tidak pernah melarang umatnya untuk melahirkan rasa kegembiraan dan kepuasan hati mereka dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan pelbagai adab dan disiplin, maka syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan. Ini bagi mengelakkan orang Islam dipandang rendah martabatnya oleh bukan Islam.

Menyingkap sirah Rasulullah ketika Baginda hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah, Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan untuk
bersama-sama Rasulullah di medan peperangan, tetapi membatalkan janji dan persetujuan mereka pada saat-saat genting tentera Islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera Musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud.

Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman yang bermaksud : Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis dengan banyak. (Surah at-Taubah, Ayat 82). Jelas daripada mafhum ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik yang selalunya suka mengamalkan tabiat ketawa berlebihan. Justeru, jika begitulah sikap mereka, maka sebagai umat Islam, kita harus segera membuang sikap sedemikian.

Sedih, murung, riang, gembira dan ketawa adalah sentuhan naluri semula jadi, tetapi Islam tetap menghadkannya untuk mengelaknya berlaku dalam keadaan melampau. Lantaran itulah, walaupun berada dalam apa juga keadaan hidup yang akhirnya menuntut diri seseorang secara spontan berada dalam keadaan yang sesuai dengan apa yang dialami dan dirasai, Islam menyediakan pilihan lain yang boleh diguna pakai bagi mengelak daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati. (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi). Jika dihayati maksud hadis ini, sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara untuk menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan.

Hal ini kerana dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati. Hati adalah ejen penggerak utama sahsiah dan keperibadian seseorang. Justeru, jika hati sudah tidak lagi berfungsi dalam erti kata menjadi petunjuk dan pemandu arah manusia untuk meneruskan kembara hidup ini, maka sudah tentu tidak ada sedikit pun manfaat dan ganjaran yang diperoleh kerana pergerakan fizikal tidak lagi
berpandukan arahan hati yang murni.

Hati adalah pemerintah dalam diri setiap manusia. Jika baik dan bersih hati seseorang, maka akan baiklah seluruh anggota zahir seseorang dalam melakukan apa juga tindakan dalam hidup seharian. Sebaliknya, jika buruk dan rosak sebuku hati itu, maka akan rosaklah segala anggota asas dan pancaindera manusia apabila melakukan tindakan tertentu dalam hidup ini.

Apabila hati sudah mati, maka akan mudahlah syaitan hakiki dan syaitan nafsu merajai diri dan akhirnya akan membawa diri ke lembah hina dan menyeleweng daripada landasan kebenaran. Begitu juga, akan terbentuklah kelompok manusia yang alpa dengan fungsi dan tanggungjawab asal manusia sebagai khalifah di bumi Allah.

Sesungguhnya, hati berperanan besar menjadi penghubung kepada jiwa dan perasaan manusia untuk mentazkiah (menyucikan) diri melalui bisikan zikir dan doa, yang mana dengan cara
itulah, manusia boleh mendekatkan diri dengan Yang Maha Pencipta dan menyemai rasa takut untuk melakukan sesuatu yang bercanggah dengan suruhan agama.

Jika hati sudah mati, maka akan runtuhlah keperibadian manusia secara keseluruhannya. Hal ini kerana, pada ketika itu, keunggulan ciri-ciri manusia sejati yang lahir dengan kedudukan dan tanggungjawab di alam fana ini akan terabai.

Perlu juga disedari, bahawa pada ketika hati itu sudah rosak, maka sesuatu yang akan binasa ialah maruah diri. Individu itu tidak mampu lagi memandu dan membela maruah hidupnya iaitu kehormatan diri kerana proses untuk memantap dan menghidupkan darjat diri sudah tidak berfungsi lagi.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya sudah berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah.

Suatu ketika, Rasulullah berjalan di depan sekumpulan orang yang sedang ketawa, lalu Baginda bersabda yang bermaksud: "Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu semua tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa. (Riwayat Bukhari dan Abu Hurairah).

Dalam hadis lain, Rasulullah mengingatkan kita jangan banyak ketawa dengan sabda Baginda yang bermaksud: Terlalu banyak ketawa itu boleh menghilangkan cahaya daripada wajah kita. Ketawa yang sudah sampai ke tahap berlebihan, maka ia lebih mengundang perkara negatif
daripada yang positif.

Orang banyak ketawa akan lebih suka
membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat. Bukan itu saja, kadang-kadang, banyak ketawa boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri.

Apabila lupa kepada mati, manusia akan lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara. Orang banyak ketawa akan banyak membawa kepada kelalaian memikirkan tugasan dan amanah yang perlu dilaksanakan sebagai khalifah, ketua, ayah dan pemimpin dalam dunia.

Abdullah bin Abi Yu'lah pernah berkata: Adakah kamu masih bergelak ketawa sedangkan kain kafanmu sudah pun dikeluarkan dari istana Allah.
Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan paling terbaik dilakukan sepanjang masa agar tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia. Ini kerana, ia adalah suatu dugaan daripada Allah kepada hambaNya beriman.

Di samping itu, kita digesa supaya menilai keperibadian sendiri pada setiap waktu agar dapat mengenal pasti setiap kelemahan dan kesalahan sama ada sengaja atau tidak. Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri, dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan.

Benarlah ada kata-kata yang menyebut bahawa orang yang banyak ketawa akan banyak menangis kemudian. Hal ini kerana, manusia celaka di dunia yang banyak ketawa bukan saja tidak akan mampu ketawa dalam azab Allah, bahkan tidak akan mempunyai masa untuk mengukir senyum.
Sebaliknya, akan dihiasi dengan jeritan dan tangisan yang menghibakan. Abdullah Ibn Abbas pernah berkata; sesiapa melakukan perbuatan dosa dan kemudian ketawa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka dengan tangisan.

Sekali lagi ditegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana. Hal ini kerana, kita tidak dapat mengelakkan sesuatu yang semula jadi tercipta. Semoga kita akan sama-sama berusaha mengawal diri daripada menyebabkan hati mati kerana apabila ia berlaku, maka akan hilanglah kenikmatan hidup untuk menjadi mukmin yang beriman kepada Allah.

"

Bersyukurlah kepada ALLAH atas kebaikan yang diberiNya,
Bersedihlah dengan dosa,
Bertenanglah dengan kesusahan,
dan ingatlah ALLAH S.W.T. setiap masa (^_^)

Friday, October 1, 2010

Damai D' Hati




Malam yang sepi
Aku sendiri
Di ingatan tergambar wajahmu

Tidak kau sedar
Hatiku kau luka
Adakah aku yang bersalah
Yang terluka dan kecewa
Kepedihan yang ku alami

Masih ku terasa
Peristiwa lalu
Waktu bersamamu kasih
Biar ku menangis
Biar ku merintih
Walau terseksa di hati

Malam yang sepi
Aku sendiri
Di ingatan tergambar wajahmu
Tidak kau sedar
Hatiku kau luka

Adakah aku yang bersalah
Yang terluka dan kecewa
Kepedihan yang ku alami
Masih ku terasa
Peristiwa lalu

Waktu bersamamu kasih
Biar ku menangis
Biar ku merintih
Walau terseksa di hati

Pergilah sayang
Menyusur arahmu
Biar ku cari
Damai di hati

Yang terluka dan kecewa
Kepedihan yang ku alami
Masih ku terasa
Peristiwa lalu
Waktu bersamamu kasih

Biar ku menangis
Biar ku merintih
Walau terseksa di hati
seksa di hati
aku begini

Wednesday, March 31, 2010

Lupakan Orang Yang Tak Sudi


Memanglah sukar untuk melupakan seseorang yang kita cintai sepenuh hati. Tiada seorang pun manusia yang akan dapat semua yang diingini di dalam hidupnya. Walaupun pedih, tetapi kita sebagai manusia biasa terpaksa menerima dengan hati yang reda. Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Cuma cara kita diuji dan menanganinya sahaja yang berbeza.


Jika orang dah tak sudi, jauhkanlah diri daripadanya. Janganlah menyeksa diri sendiri kerana bila kita semakin dekat dengan orang yang kita cintai, kita akan semakin menderita. Anggaplah apa yang terjadi sebagai satu pengajaran.

Mungkin dulu kita pernah menyakiti hati orang lain.Sedarlah apa yang pernah kita lakukan pada orang lain walaupun bukan orang yang sama membalasnya pada kita, tetapi balasan daripada Tuhan tetap ada dalam pelbagai cara. Mungkin dengan cara ini sahaja dapat menginsafkan kita supaya tidak mempermainkan perasaan orang lain pada masa depan.

Kadang-kadang kita rasa, inilah cinta kita yang sejati. Tetapi kita hanya sedar selepas kehilangan orang yang kita cintai.

Oleh kerana ego terlalu tinggi kadang-kadang susah untuk kita menerima hakikat bahawa kita sudah tidak dicintai lagi. Merasakan kita masih dicintai kadang-kadang hanyalah andaian serta mainan perasaan untuk menyedapkan hati sendiri.

Semua yang berlaku adalah ujian Tuhan. Jangan ikutkan perasaan kecewa, walaupun tiada jodoh, berdoalah semoga dia hidup bahagia walau dengan siapapun dia bersama. Itu pun salah satu cara menunjukkan rasa cinta kita kepada seseorang.

Kita tidak mampu untuk menolak takdir yang telah ditentukannya. Berserahlah pada Yang Maha Esa, itulah yang sebaik-baiknya

Friday, March 26, 2010

Dari Hati Insan Yang Tidak Berintegriti




Bukan aku tak berintegriti, tapi cuba mencari kebenaran yang tersembunyi..
Maklumlah belajar dari kesilapan sebelum ini, takut pisang berbuah dua kali, hati merana dan terluka lagi.

Akhirnya segala yang dicari telah kutemui. Terima kasih aku ucapkan.
Mungkin salah aku, kerana menyayangi sepenuh hati.. hingga terlupa pada diri ini. benarlah pesan seorang teman lama, jika benar menyayangi sesama manusia, jangan diserahkan sepenuhnya, tinggalkan ruang untuk diri sendiri bagi menghadapi kebarangkalian yang akan menimpa… Jika tidak buruk padahnya…

mungkin aku tidak berintegriti kerana menyayangi insan yang tidak sepatutnya aku sayangi… menyayangi insan yang tidak pernah memerlukan kehadiran diri ini.. Maaf
Maaf sekali lagi, jika aku berkelakuan begini, mungkin inilah jalan untuk merawat hati. Daripada menyeksa teman di sisi, lebih baik aku pergi menjauhi dan membawa diri..

Semoga mereka yang membenci akan terus membenci, dan kepada mereka yang menyayangi aku mengharap anda akan belajar untuk membenci.
Salam sayang dari insan yang ‘tidak berintegriti’…

Thursday, September 17, 2009

Teman: Permergianku mengisi ruangan permintaan



"Ingatlah wahai teman tersayang,jangan berlebih ketawa mungkin itu membawa kita hampir dgn duka, kita tak tahu apa yang bakal berlaku seperti kita tak bisa meramal cerahnya cuaca,renunglah teman...

Ikhlast kuteman memberi peringatan,melihat kau bahagia itu lebih bermakna sekiranya aku tiada lagi sematkan dalam ingatan sebagai tanda kenangan"

Teman jangan sekali mudah lupa hidup ini sementara,setiap dugaan datang bersabarlah, berkat kesabaran membawa kemenangan...

Kegelisahan dalam kedinginan meniti sepi keseorangan, kematian yang tiada bernisan,sendu mengiringi perpisahan, ruangan luas kini bergerak bebas,namun keupayaanku terbatas segala mimpi menjadi api membakar diri..

"Mengapa terus mengharap menanti walau cukup kusedari kau takkan kembali"

Permergianku mengisi ruang permintaan biarpun kau masih kuperlukan.

"Dari bicaramu kurasa. Renung nada dan irama lalu cahaya berubah kebiruan tersusun cantik haluan madah dan puisi digubah hanya buat mu yang terindah"

Satu cintamu 1 sandiwara cuma dusta, Puas ditangisi bila hati dilukai sementara ku dimimpi oleh berjuta penyesalan,puas ku mencari hakikat yang suci puas ku menanti cerita gembira tetapi kini segalanya bagi ku... k.a.s.i.h... TAK ....k.e.s.a.m.p.a.i.a.n....

"Sentuhilah diriku dengan makrifat dengan kasih sayang agar terpadam kegusaran hati ini"

"Bayangkan semua insan tercinta dirampas sekelip mata hilang entah kemana nisan pun tiada tempatnya???


Mata ku pejam Untuk ku tahan Tangis ku ingin Berpanjangan Makin ku lawan Makin ku ronta Tangisku luruh Bercucuran

" Berkilau cahaya di ufuk pandangan Masih ku nampakkan
Wajahmu…yang ku rindu-rindukan

Baru ku sedar kenapa tercipta kesepian Kenapa hidup harus berpasangan
Kerana Tuhan mahu menyatakan CintaNya… Kepada kita insan…"

Makin ku lawan Makin ku sedih Tangis ku tangis
Berlarutan Sandaran asmara Hanyalah harapan

"Esok ku dambakan Di sisimu… Tak lagi ku angan.."

Baru ku sedar kenapa tercipta kesepian Kenapa hidup harus berpasangan
Kerana Tuhan mahu menyatakan CintaNya…
Kepada
kita insan…
"Syukur kusedar sebelum bercerai nyawa badan Sempatlah diri buat perhitungan
Janganlah pulang dengan kekesalan Cintanya…tak pernah ku agungkan"

Monday, March 2, 2009

rUMpUT $ pErsAHaBAtan


rUMpUT $ pErsAHaBAtan

Cikgu:Hari ni kita akan belajar erti kasih sayang dan persahabatan..

Pelajar:Macam mana kita nak menilai tu semua?

Cikgu:Senang saja ,kamu pergi ke padang rumput..cari rumput yg paling cantik sekali.dengan syarat,jgn sesekali pandang ke belakang selepas kamu cabut.

Pelajar tadi pergi ke padang dan mencari rumput yg paling cantik. Dia mencabut satu rumput yg dia rasakan cantik. Tetapi di sebabkan padang rumput itu dia rasa luas lagi,dia mencampakkan semula rumput tu ke tanah.Dan teruskan perjalanan mencari rumput yang lebih cantik. Tapi, hingga ke hujung padang,dia tidak dapat jumpa satu pun rumput yang lebih cantik dari yang sebelumnya.

Cikgu: Sudah jumpa?

Pelajar: Ada,saya sudah cabut satu.Tapi saya campak semula sebab saya rasa ada yang lebih cantik dari yang saya cabut tadi.Tapi bila saya sampai ke hujung padang,saya tak dapat jumpa yang lebih cantik dari yang sebelumnya.Lagipun cikgu tak benarkan saya pandang ke belakang semula.

Cikgu:Itulah,manusia tiada pernah menghargai apa yang kita pernah ada,selalu nak lebih dari apa yang ada. Walhal rumput tu semua sama,bayangkan lah padang rumput tu besar mane je kalau nak di bandingkan ngan dunia ini,tapi apabila kita cepat ambil keputusan yang kita tidak fikir panjang,banyak perkara yang kita terlepas pandang,bila dah jumpa yang lebih baik,yang lama selalu ditinggalkan,bila dah kehilangan apa yang kita ada dulu,barulah rasa menyesal.

http://nurtakwa88.blogspot.com/

Sunday, February 15, 2009

Renungilah Teman



Maafkan aku wahai teman yang tersayang
Maafkanlah sekirannya teguran ku melukakan
Demi tuhan kulakukan semua dengan keikhlasan
Demi untuk melihat hari mukamu bahagia.


Ingatlah teman jangan berlebih ketawa
Mungkin itukan membawa kita hampir dengan duka
Kita tidak tahu yang bakal berlaku
Seperti kita tak bisa membawa cerah cuaca


Teman jangan sekali kau mudah lupa hidup ini sementara
Setiap dugaan datang bersabarla
Teman berkat kesabarankan membawa kemenangan
Apa yang terjadi teman jangan ditangisi


Namun senyumlah atas nikmat yang diberi
Selalu insafi kembali ke pangkal jalan
Renungilah teman
Ikhlasku teman memberi mu peringatan


Melihat kau bahagia itu yang lebih bermakna
Sekiranya nanti aku tiada lagi sematkan dalam ingatan sebagai tanda kenangan
Teman jangan sekali kau mudah lupa hidup ini sementara
Setiap dugaan datang bersabarla teman

Berkat kesabaran kan membwa kemenangan
Apa yang terjadi teman jangan ditangisi namun
senyumlah atas nikmat yang diberi selalu insafi kembali kepangkal jalan
Renungilah teman...

Sunday, February 8, 2009

Kawan



Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan di hadapan oh indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh
Di dunia sendiri
Bekalan sendiri (semangat sendiri)
Impian sendiri
Meski pun jauh namun
Kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit
Yang tidak selalu cerah
Kawan hidup ini bagaikan awan
Yang tidak selalu putih

Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Takkan terus berkelana
Ingatlah (ingatlah kawan ingatlah)
Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu
Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya
Menjadi perhiasan di dinding

Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya
Menjadi perhiasan dimeja tulis

Oh kawan jadilah seperti si matahari
Membakar diri demi insan sejagat
Oh kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi umat semesta

Thursday, February 5, 2009

Tips-tips Memelihara Cinta






Cinta bukanlah daripada kata-kata tetapi segumpal keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukanCINTAILAH seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Malah, kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya. Sememangnya hidup bercinta dan untuk dicintai amat mudah, tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai sukar diperoleh. Ikuti tip bagi memelihara cinta sejati.



1. Pilih pasangan yang sesuaiJanganlah sesekali jatuh cinta dengan seseorang yang sangat berpotensi. Wang dan rupa bukannya penyuntik cinta sejati. Terlalu banyak pasangan memilih teman hidup yang sebegini dengan harapan mereka berpeluang menikmati segalanya. Secara jujur, tanyalah pada diri sendiri: “Dapatkah aku mencintai dia dengan cara yang sebenarnya tanpa harapan untuk berubah?” Jika tidak, buatlah keputusan untuk cari yang lain.



2. Jangan terburu-buruJangan menurut kehendak nafsu seks. Pasangan yang melakukan hubungan seksual akan mencipta suatu keintiman yang salah dan boleh menuju ke arah kekecewaan.



3. Percaya akan kelemahannyaJangan mengabaikan keputusan untuk memiliki sesuatu hubungan atau perkara yang diingininya. Misalnya, jika pasangan membuat suatu penyataan seperti, ’saya tidak melaksanakan komitmen dengan baik,” percayalah dia. Anda seharusnya tanya pada diri sendiri; ‘adakah dia sudah bersdia menghabiskan waktu untuk aku atau semata-mata untuk hobinya kemudian baru mengingati aku.’



4. Tutup mulutJangan cuba menceritakan tentang keburukan atau kelemahan pasangan kepada rakan. Bertanggung jawab dalam mengungkap perasaan anda terhadapnya dan saling merahsiakan antara satu sama lain. Cara sebegini dapat mengelakkan daripada berlakunya sesuatu konflik dan hubungan emosional anda berdua.



5. Terima seadanyaTerima pasangan dengan niat hati yang ikhlas. BUkan hanya sewaktu bercinta, pada awal perkahwinan dan sewaktu berbulan madu, tetapi amalkan date night sekali seminggu.



6. Jadi pemerhatiBersikap pemerhati terhadap pasangan. Cuba memerhati dan memahami tingkah laku dan pemikirannya. Paling penting, sentiasa mengambil berat setiap apa yang berlaku. Ini mengelakkan daripada pasangan berani menipu dan cuba melakukan sesuatu di luar jangkaan.



7. Buktikan siapa diri andaFokus pada setiap perkara yang anda gemari dan tidak daripada pasangan, serta cuba berbincang cara bagaimana menyelesaikan masalah tersebut berdua.



8. Mr . Right kembaliSedang asyik bercinta, orang yang pernah berpaut di hati anda suatu masa dahulu, tiba-tiba muncul di hadapan. Bagi anda yang menghadapi masalah sebegini, adalah suatu perkara sukar untuk diselesaikan, bukan? Perasaan buntu dan bercelaru tentunya datang dan memaksa diri membuat keputusan. Buat keputusan agar tidak menyintainya lagi. Lupakan segala sejarah silam dengan memulakan kehidupan dan cinta baru.



9. Bukan perigi cari timbaAnda tidak pernah merakan bahawa cinta sejati seperti objek yang keras atau seolah-olah berke! lakuan syok sendiri. Malah, anda haruslah sama-sama berinteraksi dan berbincang terhadap apa yang berlaku dalam perhubungan.



10. Hargailah diri sendiri dan pasanganHubungan yang sihat akan meningkatkan penghargaan diri dan pasangan. Untuk memperoleh hubungan yang lebih harmoni, setiap pasangan perlu menghargai diri sendiri dengan cuba mengungkapkan kata-kata romantis atau lakukan sesuatu kejutan terhadap dirinya

Selamat Ulang Tahun Sayang
























Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu

Harap nanti kita 'kan bertemu
Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang


Ku nanti penuh kerinduanSelamat tinggal, selamat jalan
Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu