K.o.s.o.n.g ~ ALEAF AFNAN

Wednesday, December 28, 2011

K.o.s.o.n.g



Kosong,
Fikir aku ianya adalah satu rumus yang mudah. Tidak terlalu rocket science mahupun terlalu rumit. Kenapa sesuatu itu kosong?, kerana ianya tidak diisi. Sesuatu benda itu akan kosong jika ianya tidak diisi. Kenapa cawan itu kosong? Kerana ianya tidak diisi. Kenapa rumah ini kosong? Kerana rumah itu tidak diisi & kenapa hati ini kosong? Adalah kerana hati ini tidak diisi.?


Kosong,
Adakalanya aku merasakan juga akan rasa kekosongan hati dan kehidupan ini. Sukar untuk menterjemahkan tentang apa yang dirasa hati bila menyentuh perihal akan kekosongannya. Tetapi ianya bukanlah satu perasaan yang aku sukai. Aku benci bila hati aku kosong. Sering gentar yang aku rasa dan takut entah pada apa dan pada siapa.


Kosong,
Lalu aku cuba mengisi akan kekosongan hati itu. Aku isi dengan apa yang aku rasa perlu diisi. Perlahan-lahan aku mengisinya, sehinggakan aku merasakan yang ianya tidak kosong lagi. Namun begitu walaupun kekosongan itu nampaknya telah pergi, aku tetap percaya bila sampai waktunya nanti ianya akan datang lagi lantaran tiada konsitensi dalam mengisi.



Nota: Wahai Tuhan aku harap janganlah hati ini kosong pada saat aku perlu pergi.

0 comments:

Post a Comment

Komenlah dengan beretika kerana setiap komen anda amatlah saya hargai.